Proses Penghantaran
Semak Kos Penghantaran
Servis Penghantaran Kereta ke Sabah dan Sarawak
Berikut diterangkan 6 langkah-langkah penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah melalui pelabuhan Klang, Port Kuching & Port Kota Kinabalu.
6 Langkah Sebelum Pos
1. Penggunaan Kontena Ataupun Roro
Proses penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah & Semenanjung mempunyai 2 jenis pilihan
Ia samada menggunakan kontena ataupun roro. Jika kereta dihantar dengan menggunakan kontena, kereta yang dihantar akan berada bersama dengan barang yang dihantar oleh anda.
Bagi penggunaan roro pula, ia membawa kereta yang dihantar sahaja tanpa barang-barang lain. Bagi kedua-dua pilihan ini samada kontena ataupun roro, ia mempunyai kos harga yang berbeza.
2. Pertanyaan Harga Pos Kos Hantar Kereta
Pertanyaan kos bagi urusan penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah & Sememanjung.
Hal ini bertujuan untuk menguruskan urusan bagi menyediakan surat kepada pihak bank. Ia secara tidak langsung dapat menyelesaikan proses bagi pelepasan.
Maklumat yang diperlukansebelum penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah & Sememanjung untuk diberi kepada syarikat OCANIA adalah seperti tertera di bawah :
- Nombor pendaftaran kereta
- Jenama dan Model kereta
- Alamat (Pemohon)
3. Surat Memohon Pelepasan Dari Bank (Surat Rasmi)
Surat memohon pelepasan dari bank adalah diperlukan bagi kereta yang masih terikat pinjaman dengan bank. Proses untuk membuat surat memohon pelepasan dari bank ini digunakan untuk penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah & Semenanjung.
Anda harus menyediakan surat untuk dihantar kepada bank bagi tujuan memohon penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah & Semenanjung. Pihak OCANIA akan menolong anda dari segi cara menyediakan surat rasmi tersebut.
Bagi kereta yang sudah habis bayar, surat pelepasan ini tidak diperlukan. Ia tertakluk kepada kereta yang masih terikat dengan pinjaman bank sahaja.
4. Proses Untuk Permohonan Surat
Sediakan dokumen seperti di bawah dan hantar kepada Bank untuk permohonan bagi mendapatkan surat perlepasan.
- Salinan Kad Pengenalan
- Surat dari pihak syarikat OCANIA
- Senarai Kos Hantar Kereta (Yang diberi oleh OCANIA)
- Surat memohon perlepasan bank (Jika kereta masih terikat dengan pinjaman bank)
Pihak bank akan meminta anda mengisi borang kebenaran untuk penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah & Semenanjung. Dalam tempoh 3 hari waktu bekerja, pihak bank akan mengeluarkan surat kebenaran yang membenarkan anda menghantar kereta.
5. Senarai Dokumen Yang Perlu Disediakan
Hantarkan dokumen-dokumen yang telah lengkap kepada pihak syarikat OCANIA. Selepas mendapat dokumen surat kebenaran dari pihak bank untuk menghantar kereta, anda hantarkan dokumen tersebut bersama dengan senarai dokumen di bawah kepada pihak OCANIA: –
- Salinan Consent dari pihak Bank
- Salinan Geran Kereta tersebut
- Salinan Kad Pengenalan bagi Pemilik Kereta.
- Persediaan sebelum menghantar kereta dari Semenanjung ke Sabah Sarawak atau dari Sabah Sarawak ke Semenanjung.
6. Memeriksa Kereta Yang Dihantar
Sebelum servis penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah & Semenanjung, pihak OCANIA akan memeriksa kereta yang telah dihantar oleh anda berada di dalam status selamat.
Pihak syarikat juga akan memastikan tidak ada barang-barang berharga di dalam kereta tersebut. Dengan ini, secara tidak langsung ia membuatkan proses penghantaran kereta ke Sarawak, Sabah & Semenanjung lebih selamat.
Anda diminta untuk pastikan jenis kenderaan yang dihantar melalui borang tempah pesanan bagi memudahkan pihak teknikal kami mengenal pasti fungsi-fungsi kereta anda.
Cara Aliran Proses
Nota: –
- Simpanan kenderaan eksport hanya dibenarkan untuk disimpan dalam yard (VTC) adalah 7 hari sebelom dari tarikh kapal berlayar. Tempoh ini adalah termasuk proses perlepasan dokumen Kastam.
- Untuk tempoh import pula, tempoh yang diberikan adalah 3 hari sahaja untuk disimpan didalam yard (VTC) selepas ketibaan kapal ke destinasi. Tempoh ini adalah termasuk dokumen perlepasan borang Kastam.
Senarai Semak sebelum Pos Kereta
Sebelum menghantar kereta anda ke pihak OCANIA dengan sempurna untuk kelancaran Penghantaran kereta ke Sarawak & Penghantaran kereta ke Sabah.
- Pilih Syarikat Penghantaran kereta yang sah dan dipercayai.
- Dapatkan nilai kos penghantaran dari syarikat tersebut.
- Sediakan surat rasmi untuk memohon kepada pihak bank bagi urusan penghantaran kereta. (Jika kereta masih ada pinjaman dengan bank)
- Hantar dokumen yang diperlukan berserta surat rasmi ke bank bagi permohonan.
- Mendapat surat kebenaran dari pihak bank untuk urusan hantar kereta.
- Pastikan semua maklumat yang tertera di dalam dokumen betul untuk urusan ini.
Tempah Slot Anda Sekarang!
Tempahan slot & Semak Jadual bagi Pos Kereta ke Sabah, Sarawak & Semenanjung boleh dibuat melalui dalam talian atau juga boleh terus hubungi Call/WhatsApp (+60 12-350 7743) Mohd Zulkifli untuk sebarang pertanyaan sebelum tempahan dibuat.
Jika ada kenderaan mahu dihantar?
Hubungi Pegawai Kami Sekarang!
Mohd Zulkifli
* Semenanjung ke Sabah & Sarawak
Mohd Azmi
* Sabah & Sarawak ke Semenanjung
Kami akan membantu anda untuk selesaikan proses penghantaran kenderaan secepat mungkin.
Hantar Pertanyaan Anda
SOALAN LAZIM
1. Adakah pihak OCANIA menyediakan khidmat mengambil kereta di rumah?
Boleh. Bagi setiap pengambilan kenderaan di kediaman anda adalah dengan kadar berpatutan. Kadar tersebut merangkumi jarak dan sesuatu kawasan tersebut.
2. Apakah jenis dokumen yang diperlukan pelepasan dari pihak kastam?
A) Salinan Kad Pengenalan (Depan & Belakang)
B) Salinan Geran Kenderaan
C) Bank Release Letter (for vehicles still under finance) Surat Pelepasan Bank (Bagi kenderaan yang masih terikat dengan pinjaman)
D) Jika kenderaan didaftarkan atas nama syarikat, Salinan SSM atau form 9 & 49 bagi SDN BHD.
3. Kenderaan saya masih didalam tempoh pinjaman. Adakah saya boleh hantar kereta saya?
Untuk kereta yang masih mempunyai tempoh pinjaman, anda perlu mendapatkan mendapatkan surat kebenaran dari pihak bank. Kebiasaan tempoh kelulusan dari pihak bank mengambil masa selama 1 ke 3 hari waktu bekerja.
4. Tempoh masa berapa lama untuk pelepasan dari pihak kastam di Sabah / Sarawak?
Ia mengambil masa selama 1 ke 2 hari waktu bekerja untuk pelepasan kastam selepas tarikh ETA Kapal di Sabah / Sarawak.
5. Tempoh masa yang diambil bagi hantar kenderaan ke Sabah & Sarawak
A) Port Klang ke Port Kota Kinabalu = 6 – 8 hari
B) Port Klang ke Port Kuching = 8 – 10 hari
**Tempoh diatas adalah termasuk dengan tempoh pelepasan oleh pihak Kastam
6. Adakah saya boleh menghantar kenderaan yang masih mempunyai saman tertunggak?
Ya. Anda boleh menghantar kenderaan tersebut tanpa sebarang masalah.
7. Bilakah saya perlu membuat pembayaran?
PINTU KE PINTU: Pembayaran penuh sebelum pengambilan kenderaan oleh pengendali Ocania di tempat pengambailan kenderaan
PELABUHAN KE PELABUHAN: pembayaran penuh sebelum penyerahan kenderaan ke pengendali Ocania kami di pelabuhan.
8. Adakah kenderaan saya dilindungi insurans?
Semua pakej harga yang tertera berkaitan dengan penghantaran ini tidak termasuk dengan “Marine Insurance”.
“Marin Insurance” akan melindungi kenderaan anda meliputi kehilangan kargo atau kerosakan yang disebabkan oleh kapal, kapal kargo, terminal, dan sebarang pengangkutan melibatkan kenderaan yang dipindahkan melalui Pelabuhan ke Pelabuhan (Port-to-Port) atau penghantaran melalui Pintu ke Pintu (Door-to-Door).
9. Adakah saya boleh mengisi barang di dalam kenderaan sewaktu menghantar kereta nanti?
Hal ini Tidak Digalakkan kerana mengikut polisi dari syarikat perkapalan (roro), ia tidak membenarkan penyimpanan barang ke dalam kenderaan. Tetapi jika barang tersebut bersaiz kecil dan tidak tergolong di dalam barang berharga, pihak syarikat boleh bertolak ansur dengan perkara tersebut.
Pihak syarikat juga tidak akan bertanggungjawab jika ada kehilangan atau kerosakan yang berlaku ke atas barang yang disimpan di dalam kenderaan.
10. Saya berminat untuk menghantar kenderaan. Apakah prosedur pertama yang perlu saya lakukan?
Anda klik di pautan ini ” https://www.ocaniamovers.com/tempah-sekarang/ ” dan isikan maklumat yang diperlukan dan klik hantar borang. Pihak Ocania akan hubungi anda untuk proses yang seterusnya.
NOTA:-
**PORT TO PORT: Pelanggan boleh menyerahkan kenderaan tersebut ke pengendali OCANIA kami di Port dalam masa 7 hari sebelum tarikh keluar kapal (RORO). Penerimaan terakhir kenderaan kepada pengendali kami adalah 36jam sebelum tarikh keluar kapal (RORO).
**DOOR TO DOOR: OCANIA akan mengambil kenderaan di premis pelanggan melalui syarikat pengangkutan kereta dalam masa 7 hari sebelum tarikh berlepas.
**PERLEPASAN KENDERAAN: Semasa perlepasan Kastam, pelanggan perlu mengambil kenderaan dalam masa 3 hari. Sebarang kelewatan melebihi jangka masa yang ditetapkan akan dikenakan caj simpanan kendaaran sebanyak RM8.00 sehari.